Pages

January 24, 2011

mesej daripada aku~

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada anda. Pertama sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua mana yang pernah singgah walau seketika, walau tidak sempat ''completed loading page''.. sangat-sangatlah aku hargai.

Rasanya agak lama aku tidak 'update' blog ini, dek kerana kesibukan harian apatah lagi aku kini sedang menyambung pengajian aku di peringkat Ijazah di UiTM Malaysia Kampus Shah Alam.

Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan pengajian aku pada peringkat Diploma dengan jayanya. Rezeki Allah Swt. Rasa syukur yang tiada taranya aku panjatkan kepada yang Maha Pencipta..Jika tiada aral melintang, aku akan menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-74 Mei nanti.

Kepada yang setia berkunjung di laman ini, insyaAllah, aku akan terus update blog ini. Himpunan artworks untuk semester 4 akan diupload sedikit masa sahaja lagi.