March 26, 2011
January 24, 2011
mesej daripada aku~
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada anda. Pertama sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua mana yang pernah singgah walau seketika, walau tidak sempat ''completed loading page''.. sangat-sangatlah aku hargai.
Rasanya agak lama aku tidak 'update' blog ini, dek kerana kesibukan harian apatah lagi aku kini sedang menyambung pengajian aku di peringkat Ijazah di UiTM Malaysia Kampus Shah Alam.
Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan pengajian aku pada peringkat Diploma dengan jayanya. Rezeki Allah Swt. Rasa syukur yang tiada taranya aku panjatkan kepada yang Maha Pencipta..Jika tiada aral melintang, aku akan menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-74 Mei nanti.
Kepada yang setia berkunjung di laman ini, insyaAllah, aku akan terus update blog ini. Himpunan artworks untuk semester 4 akan diupload sedikit masa sahaja lagi.
Rasanya agak lama aku tidak 'update' blog ini, dek kerana kesibukan harian apatah lagi aku kini sedang menyambung pengajian aku di peringkat Ijazah di UiTM Malaysia Kampus Shah Alam.
Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan pengajian aku pada peringkat Diploma dengan jayanya. Rezeki Allah Swt. Rasa syukur yang tiada taranya aku panjatkan kepada yang Maha Pencipta..Jika tiada aral melintang, aku akan menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-74 Mei nanti.
Kepada yang setia berkunjung di laman ini, insyaAllah, aku akan terus update blog ini. Himpunan artworks untuk semester 4 akan diupload sedikit masa sahaja lagi.
June 21, 2010
January 16, 2010
Semester 3 - Final Illustration II (mix media)
Tadaaaa~ hehe..inilah final project aku untuk subjek/kursus Illustration II dan menjadi salah satu masterpiece bagi aku la, kira-kiranyakan..bukan apa, kepala hotak dah pening brainstorming untuk final project ini.. Yang menjadi favorite aku ialah yang sebelah kanan tu, sekarang ni pun aku cuma ada copy/gambar sahaja. Coz, sekarang artwork aku ni dah takde dalam simpanan aku..cedih~ huhu~ Lecturer aku yang simpanlah..(ok, No Emo-emo,haha~). Thanxs to sahabat - saudara Mohd. Fauzi(yo) yang banyak membantu aku.hehe..
Final project ni sangat-sangatlah mencabar. Pertamanya, size kertas yang besar. Maknanya, kena manfaatkan ruang yang adalah. Dah tu, media dan teknik disatukan(mixmedia). Kat sinilah juga media dan teknik yang sebelum ni kitaorang belajar semua dikumpulkan untuk menghasilkan artwork ini dan memenuhi keperluan task yang di beri. Antara media yang aku guna ialah :- watercolor, pen, pensil, marker pen, charcoal. Antara teknik yang dikombinasikan ialah teknik Colage(gunting, gam dan tampal).
Credits to : Mr Najib Mohamad (lecturer aku yang sempoi) hehe~
Semester 3 - Illustration II Rendering pen
..yang ni pula aku guna Rendering pen. Salah satu teknik yang aku boleh katakan favouritelah. sebelah kiri tu, guna teknik cross-hatching namanya manakala sebelah kanan hatching. Boleh tengok kedua-duanya, supaya korang boleh nampak perbezaan kedua-dua teknik itu. Sebenarnya ada 2 lagi teknik yang kiteorang belajar iaitu teknik doting dan satu lagi aku tak berapa nak ingat la plak~ hehe~ (akan di beritahu kemudian ye~)
Semester 3 - Illustration II Charcoal
Charcoal@arang. Aku guna medium charcoal dan charcoal pensil. Penekanan daripada segi tone (gelap & terang), line (garisan) propotion, balance, shape memang cukup menguji. Nak kata best, ok la jugak kalau guna charcoal ni, tapi nak control , susah gak lah.. hehe~ Terdapat banyak kesilapan di situ yang harus diperbaiki. Apapun, aku masih belajar~ =P
(click pada gambar untuk melihat imej besar)
December 23, 2009
Semester 2 - Final Projek VCR_Group (Mural Painting)_Credits
Projek besar time part 2 ni ialah Projek Mural Painting bagi kursus VCR (Visual Communication Research). Projek nih bertempat bersebelahan dengan studio 5, blok J Fakulti Seni Lukis dan Senireka, UiTM Sarawak. Projek ini telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar semester 2 (2008) yang terbahagi kepada 2 group dan diketuai oleh Alex Andrian(Group 1) dan Shaari(Group 2),aku ler tu..hehe~ Manakala, Cik Wan Samiati selaku pensyarah kiteorang la..Thanxs Cik Wan. hehe~ Tanpa semangat dan kerjasama daripada kedua-dua grup ni, mustahil kiteorang akan dapat menyiapkan projek ni, so, aku ambil kesempatan di sini nak ucap selamat dan thanxs to u all guys coz telah beri kerjasama dan sabar dalam menjalankan dan menyiapkan projek ni dengan jayanya(skema nyer aku), juga kepada semua lectures n sesapa yang turut menjayakan projek ini tak kira secara langsung atau tidak. K.
December 20, 2009
Semester 2- Antara beberapa Final Artwork aku..
Juga Final Photographic I aku, yang ni aku guna kamera digital biasa ja (caya tak?) nak berkarya ni guna apa-apa pon boleh, asal korang tau guna, tau cara tambah kreatif sikit jadi la,kan.. ada tools yang canggih manggih pun, kalo tak tau guna pun,tak jadik jugak, dan kalau tak rajin explore pon tak jadik jugak(macam aku juga,kadang-kadang malas nak explore jauh, yang di dasar-dasar je.haha~)
Subscribe to:
Posts (Atom)




















