Pages

December 23, 2009

Semester 2 - Final Projek VCR_Group (Mural Painting)_Done!


AKHIRNYA !! Siap

Semester 2 - Final Projek VCR_Group (Mural Painting)_Process


 

Semester 2 - Final Projek VCR_Group (Mural Painting)_Process


 

Semester 2 - Final Projek VCR_Group (Mural Painting)_Credits




  Projek besar time part 2 ni ialah Projek Mural Painting bagi kursus VCR (Visual Communication Research). Projek nih bertempat bersebelahan dengan studio 5, blok J Fakulti Seni Lukis dan Senireka, UiTM Sarawak. Projek ini telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar semester 2 (2008) yang terbahagi kepada 2 group dan diketuai oleh Alex Andrian(Group 1) dan Shaari(Group 2),aku ler tu..hehe~ Manakala, Cik Wan Samiati selaku pensyarah kiteorang la..Thanxs Cik Wan. hehe~ Tanpa semangat dan kerjasama daripada kedua-dua grup ni, mustahil kiteorang akan dapat menyiapkan projek ni, so, aku ambil kesempatan di sini nak ucap selamat dan thanxs to u all guys coz telah beri kerjasama dan sabar dalam menjalankan dan menyiapkan projek ni dengan jayanya(skema nyer aku), juga kepada semua lectures n sesapa yang turut menjayakan projek ini tak kira secara langsung atau tidak. K.

December 20, 2009

Semester 2- Antara beberapa Final Artwork aku..


Semester 2- Antara beberapa Final Artwork aku..


Juga Final Photographic I aku, yang ni aku guna kamera digital biasa ja (caya tak?) nak berkarya ni guna apa-apa pon boleh, asal korang tau guna, tau cara tambah kreatif sikit jadi la,kan.. ada tools yang canggih manggih pun, kalo tak tau guna pun,tak jadik jugak, dan kalau tak rajin explore pon tak jadik jugak(macam aku juga,kadang-kadang malas nak explore jauh, yang di dasar-dasar je.haha~)

Semester 2- Antara beberapa Final Artwork aku..


OK. Untuk semester 2 ni, kerja-kerja praktikal tak la sebanyak task-task waktu dah semester 3/4 ke atas kerana semester 1 & 2 ada jugak subjek teori. Begitu juga dengan semester 3. Cuma semester 3, subjek yang praktikal lebih banyak jika dibandingkan dengan subjek teori yang JUGA, subjek-subjek teori ini ada peperiksaan akhir (final exam). Ok, di atas ialah antara beberapa hasil Final Artwork aku :

             1) GED 167 ( Photographic I ) kiri
             2) GED 150 ( Drawing II ) kanan

Untuk Final Drawing II, aku pilih tajuk Perayaan Di Malaysia. Kalau korang tengok, lukisan aku ni menggabungkan lima ANTARA perayaan utama di Malaysia- Raya Aidilfitri, Deepavali, Chinese New Year, Gawai & Kaamatan. Tiga subject matter utama yang ada dalam lukisan tu dah mewakili perayaan masing-masing DAN corak yang terdapat pada Tang-Lung itu mewakili perayaan-perayaan Gawai dan Kaamatan di Sarawak dan Sabah.

Elemen-elemen yang aku tambah dalam final drawing aku ni ialah penggunaan segala jenis kari, kunyit, kari kurma, sos cili, bedak dan beberapa elemen tambahan yang lain juga menimbulkan effect 'Cahaya' dan texture pada lukisan aku ni. Dan saiz lukisan aku ni ialah AO size of canvas..besauuu owwww.. (cuba korang depa kan tangan koran jap..mcm tu la lebih kurang size canvas ni..)

             credits to : Madam Dayang & Mr Najib (yang juga asses kiteorang time final assesment Drawing ni)..
              

December 17, 2009

Semester 2 - Visual Communication "Warm & Cold Color"


Amacam? bukan senang nak buat benda ni. Sakit gak kepala hotak time buat ni. Tapi, berkat semangat dan usaha yang bersungguh-sungguh..akhirnya siap juga. Waktu tengah buat ni, rasa macam malas jer, rasa macam nak give up jer, tapi bila dah siap puas hati wooo..macam tak caya je aku berjaya menyiapkan benda ni...Rasa macam terbayar jugak la penat lelah aku.. mata kuyu, tangan penat, otak lagi-lagi lah..

(credits to : Miss Wan-lect VCR aku..)

December 16, 2009

Semester 2 - Visual Communication "Monochromatic Color"


   Task demi task terus bertalu-talu.. Kena brainstorming lebih untuk menghasikan karya yang boleh memuaskan hati kita dan orang lain. Setiap hari ilmu semakin bertambah. Banyak benda kita pelajari. Itupun kalo kita rajin mencari, kalo tak..takde la kan.. Semester 2 ni, assignments yang di beri oleh lecturer boleh tahan susah gak. cukup menensenkan kepala hotak. Artwork aku seterunya ialah ...tadaaa.~  tajuknya ialah Monochromatic Color..yang ne kiteorang buat kajian kaler la. Campur,tolak,darab,bahagi perpuluhan kaler daa..tapi, basic kaler kiteorang guna Hitam dan Putih, daripada kaler jenis Pelaka. Kertas Box board.

( hitam putih kehidupan lagu sheila majid la plak..haha..~)

Tapi,kan~ banyak benda yang masih boleh diperbaiki sebenarnya..apapun.. Aku masih baru dan belajar..so, Yeuu..layann..

December 15, 2009

Semester 2 - Drawing II (shadow)


    Yang ni plak artwork yang seterusnya. Tajuk yang diberikan oleh lecturer ialah free watercolor drawing . So, aku memilih tajuk ini sebagai pilihan-'Shadow'. Lukisan ni merupakan bayang-bayang basikal. Media yang aku guna ialah watercolor jenis (lupe la plak) hehe~ Teknik basah atas kering. So, layann.. yeuu.. 

November 23, 2009

Semester 2 - Greatmaster Artwork


      Task betajuk 'Greatmaster' by Rene' Magritee.. Aku lukis balik dengan menggunakan watercolor dan charcoal. Bukan senang nak lukis balik. Ye la, artwork pelukis antarabangsa...Paper aku guna- A3 size watercolor paper.

November 14, 2009

artwork semester 2 aku..


     "..Sebagai permulaan, di sini aku kongsikan kepada u'all salah satu karya aku waktu aku semester 2 dulu. Artwork semester 1 aku tak tahu simpan mana, hehe.. Tajuk task yang di beri oleh pensyarah ialah; 'Greatmaster'. So, kiteorang dikehendaki memilih mana-mana greatmaster samada dalam ataupun luar negara, dan aku memilih Rene Magritte sebagai greatmaster aku. Kemudian kitaorang kena pilih 3 artwork greatmaster dan lukis semula pada watercolor paper saiz A3 dan mengikut teknik serta bahan yang digunakan oleh greatmaster berkenaan.."
Berpesan seorang sahabat ..
"..seperkara yang harus kamu simpan dan pertahankan dalam diri kamu ialah; Berani Kerana benar. Pergilah kamu ke ceruk dunia mana sekalipun, pasti kamu akan diuji dan dihinjak dek kerana kebenaran yang kamu pertahankan.."
Berkatalah yang benar sekalipun pahit.