Pages

December 20, 2009

Semester 2- Antara beberapa Final Artwork aku..


OK. Untuk semester 2 ni, kerja-kerja praktikal tak la sebanyak task-task waktu dah semester 3/4 ke atas kerana semester 1 & 2 ada jugak subjek teori. Begitu juga dengan semester 3. Cuma semester 3, subjek yang praktikal lebih banyak jika dibandingkan dengan subjek teori yang JUGA, subjek-subjek teori ini ada peperiksaan akhir (final exam). Ok, di atas ialah antara beberapa hasil Final Artwork aku :

             1) GED 167 ( Photographic I ) kiri
             2) GED 150 ( Drawing II ) kanan

Untuk Final Drawing II, aku pilih tajuk Perayaan Di Malaysia. Kalau korang tengok, lukisan aku ni menggabungkan lima ANTARA perayaan utama di Malaysia- Raya Aidilfitri, Deepavali, Chinese New Year, Gawai & Kaamatan. Tiga subject matter utama yang ada dalam lukisan tu dah mewakili perayaan masing-masing DAN corak yang terdapat pada Tang-Lung itu mewakili perayaan-perayaan Gawai dan Kaamatan di Sarawak dan Sabah.

Elemen-elemen yang aku tambah dalam final drawing aku ni ialah penggunaan segala jenis kari, kunyit, kari kurma, sos cili, bedak dan beberapa elemen tambahan yang lain juga menimbulkan effect 'Cahaya' dan texture pada lukisan aku ni. Dan saiz lukisan aku ni ialah AO size of canvas..besauuu owwww.. (cuba korang depa kan tangan koran jap..mcm tu la lebih kurang size canvas ni..)

             credits to : Madam Dayang & Mr Najib (yang juga asses kiteorang time final assesment Drawing ni)..
              

No comments:

Post a Comment